Monday 18 June 2012

Journey To The East


Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana 
telah berjaya menganjurkan :
 
"Journey To The East....Jun 2012
Ganu Kite-Bereh Belako"

CuTi-CuTi makan angin sambil berkonvoi ke Terengganu dan Kelantan. Percutian selama 4 Hari 3 Malam (2 malam di Terengganu, 1 malam di Kelantan) yang diadakan pada 2 Jun 2012 sehingga 5 Jun 2012. Percutian yang sungguh bermakna dimana ahli-ahli NEXO dapat berkonvoi dan bersiar-siar di Pantai Timur. Terjebak dengan kesesakan lalulintas dan sebagainya (almaklum cuti persekolahan Terengganu dan Kelantan adalah tempat tumpuan pelancong tempatan dan luar negara). Berbagai-bagai pengalaman yang telah ditempuhi. Suka Duka Pahit dan Manis dapat berkongsi bersama-sama. Pengalaman yang indah serta tali persahabatan yang sukar dibeli dengan wang ringgit. Sebanyak 13 EXORA yang menyertai konvoi kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En. Fandy, En. Latif, En. Haneef, En. Nash, En. Remy, En.Embun, En. Ahmad Tamimi (Akal Waras), En. Azman, En. Mart, En.Addy Midi, En. Azhar Isa,  En. Rizuan Ramli dan En. Md Khairi (K.E.). Alhamdulillah selama 4 Hari berada di sana, konvoi berjalan dengan lancar disamping keadaan cuaca yang amat baik.

En.Mart (NeXo 41) & En.Azman (NeXo 43)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NeXo kepada penganjur konvoi "Journey To The East" iaitu En.Mart dan En.Azman yang telah bersusah payah serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi mengatur serta menjayakan konvoi ini. 

NeXo juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang telah memberi komitmen terbaik dengan menyertai konvoi dan semasa konvoi dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang banyak membantu serta memberi sokongan dan cadangan bagi menjayakan program ini. InsyaAllah NeXo akan mengadakan lagi konvoi seumpama ini dimasa akan datang.

Berkumpul di RnR Perah pada jam 12.00 malam 
sebelum bertolak ke Terengganu
 
En. Fandy sedang memberi penerangan 
sebelum memulakan konvoi

En. Ahmad Tamimi membacakan doa 
sebelum memulakan konvoi

Pada jam 12.30 malam, konvoi yang diketuai oleh 
En. Azman mula bergerak ke Pantai Timur

 Pada jam 6.00 pagi, konvoi berhenti seketika 
di Masjid Al-Bakti, Machang untuk menunaikan solat 

 
Konvoi mula bergerak semula ke Kuala Terengganu
 
  Konvoi berhenti seketika di Restoran NBCE, Besut 
untuk sarapan pagi

 Konvoi selamat sampai di Masjid Kristal 
pada jam 12.00 tengahari

Konvoi telah disambut oleh En. Kizz Kazz.
NeXo amat berterima kasih kepada beliau serta rakan-rakan TGK 
diatas layanan yang diberi kepada warga NeXo  

Konvoi sampai di K.T. Beach Resort 
pada jam 1.30 tengahari

Terima kasih kepada pihak hotel yang telah 
menyediakan tempat parking khas buat NeXo

Berkumpul di lobby sambil menunggu ahli lain untuk bergerak 
ke Bandar Warisan Persisiran Pantai (i-city Kuala Terengganu)

Menjamah potluck yang dibawa oleh warga TGK


Warga NeXo dan Warga TGK

BerTT pula di Kedai Gelas Besar

 Pada keesokkan harinya 3 Jun 2012, 
konvoi bergerak ke Pasar Payang


 Sarapan pagi di Pasar Payang

Setelah selesai shopping di Pasar Payang, 
pada jam 1.30 tengahari konvoi 
bergerak untuk makan tengahari


Setelah menjamah makan tengahari, konvoi 
ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat

Konvoi yang diketuai oleh En.Kizz Kazz, bergerak 
ke Kilang Batik di Bukit Payung

Pemilik Kilang sedang memberi penerangan.
Warga NeXo dapat melihat alat-alat serta 
cara membuat kain batik di sini

Kain dari kilang akan dihantar ke Kedai Lot 08, Bukit Payung 
untuk dijual. Terdapat berbagai jenis kain batik di sini,
kain sutera dan sebagainya dengan harga yang berpatutan

Konvoi bergerak pula ke Pantai Batu Buruk

BerTT di tepi pantai


Pada 4 jun 2012, konvoi diketuai oleh En.Mart
bergerak ke Kelantan

Dalam perjalan ke Kelantan, konvoi singgah 
sebentar di tepi pantai


Singgah sebentar untuk membeli-belah 
dan makan tengahari


Setibanya di Kota Bharu, konvoi telah dijemput 
oleh ahli NeXo En.Salehuddin (NeXo 51)

Check-in di Hotel Rebana 

Menikmati makan malam di The Seasons, Lundang
Makanan yang sedap dengan harga yang murah. 
Layanan amat berpuas hati seperti makan di hotel.
Terima kasih diucapkan kepada En.Rosli dan En.Nizam diatas perkhidmatan serta layanan yang diberi kepada warga NeXo. 
InsyaAllah kami akan ke sana lagi. 

  Doa dibaca oleh En. Ahmad Tamimi 
sebelum menjamu selera

Setelah selesai menjamu hidangan, 
konvoi bergerak ke Wakaf CheYeh

Pagi 5 Jun 2012, sarapan pagi ditaja oleh Hotel Rebana
NeXo mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 
Pihak Hotel terutama Tuan Pengurus Hotel iaitu En.Wan Sazril diatas tajaan sarapan pagi untuk semua warga NeXo 

Check-out dan bertolak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) 
konvoi diketuai oleh En.Haneef (NeXo 21)


Berkelah sebentar di PCB sambil makan 
sotong celup tepung, ikan celup tepung, 
udang celup tepung dan sebagainya....sedap!!!


Dalam perjalanan pulang, konvoi berhenti 
pula di Masjid Beijing

Konvoi bergerak pula ke Pasar Rantau Panjang








Menikmati Ice-Cream Pulut di sana


Konvoi berhenti di Bukit Bunga untuk makan malam


Konvoi yang diketuai oleh En.Latif (NeXo 02) 
bertolak pulang, kemudian berhenti 
sebentar di Banjaran Titiwangsa

Konvoi selamat sampai di RnR Perah pada jam 1.30 pagi

BerTT hingga jam 2.00pagi sebelum pulang

Alhamdulillah ahli-ahli konvoi selamat sampai ke rumah 

Semoga bertemu lagi di konvoi akan datang....InsyaAllah

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...