Sunday, 15 July 2012

TT Deroyan @ LekLau


 
Syukur Alhamdulillah TT Deroyan @ LekLau telah berlangsung 
dengan jayanya pada 14 Julai 2012 (Sabtu) 10.30 pagi. 

TT ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama Warga Nexo sambil menikmati durian Balik Pulau yang cukup terkenal dengan kelazatannya....serta TT menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. 
Terima kasih diucapkan kepada pemilik Kebun Durian iaitu Cikgu Yusof yang telah memberi layanan mesra kepada semua warga Nexo yang hadir pada TT kali ini.

Zaid Zura (NEXO 59)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NEXO 59) yang telah mencetuskan idea ini dan sudi menaja durian Balik Pulau pada semua keluarga NEXO yang hadir pada TT kali ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini. 


Sebanyak 9 Exora yang telah hadir untuk bersama- sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada TT kali ini adalah : En.Azman Mat Ripin (NEXO 43), En.Rizuan Ramli (NEXO 26), En.Addy Midi (NEXO 36), En.Mohd Zaid (NEXO 59), En.Dzaher (NEXO 63), En.Abdul Karim (NEXO 53), En. Zakhri (NEXO 72), En.Rosmaini (NEXO 73), En. Mohd Redzuan @ WanTU (NEXO 27).

Perjalanan ke Kebun Durian milik Cikgu Yusof
di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau

 Beramai-ramai menuju ke Kebun Deroyan

 

 Bercanda selepas kenyang makan deroyan

 Konvoi bergerak ke Masjid Daerah Balik Pulau 
untuk menunaikan solat Zuhur

 Konvoi singgah pula untuk makan petang @ 
Laksa Janggus di Kampung Perlis, Balik Pulau

Sebelum bersurai, konvoi bergerak ke 
Anjung Indah, Bukit Penara 
untuk menikmati pemandangan indah di sana 


Semoga berjumpa lagi di TT yang akan datang....InsyaAllah
 

Friday, 13 July 2012

TT Deroyan @ Balik Pulau



TT ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama warga Nexorian sambil menikmati durian Balik Pulau yang cukup terkenal dengan kelazatannya... Diharapkan agar TT ini dapat menambahkan jalinan persahabatan dalam kalangan Nexorian. Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Zaid a.k.a Zaid Zura (NeXo 59) yang mencetuskan idea ini dan sudi menjadi tuan rumah untuk majlis ini nanti… di bawah adalah tentatif program TT tersebut :

Tentatif program
10.15am     Berkumpul di Queensbay
10.30am     Konvoi bergerak ke Balik Pulau
11.30am     TT deroyan bermula
2.00pm       Sembahyang Zuhur di Masjid Balik Pulau
3.00pm       Makan petang – Laksa Janggus
4.00pm       Majlis bersurai

Thursday, 12 July 2012

Encik Azhar Isa (NEXO 60)



Seorang lagi ahli Nexo En.Azhar Isa (NEXO 60) yang telah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 12 Julai 2012. Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecederaan pada jari dan pergelangan tangan beliau. Pergelangan tangan beliau telah patah dan akan dibedah untuk dimasukkan besi. Beliau sedang dirawat di KPJ Penang Specialist Hospital. 


Alhamdulillah rakan nexo telah selamat menjalani pembedahan dan kini beliau masih didalam rawatan dan berehat di rumah. Semua Rakan Nexo berdoa agar beliau cepat sembuh dan akan kembali aktif seperti sediakala.

Wednesday, 11 July 2012

En. Megat Effendy (NeXo 49)


Syukur alhamdulillah En. Megat Effendy (NEXO 49) telah selamat menjalani pembedahan lutut pada 10 Julai 2012 di Putra Medical Centre (PMC). Kini beliau berada di wad 408. Sesiapa yang berkesempatan boleh la melawat beliau di PMC.


Harapan NEXO agar beliau cepat sembuh, bertambah sihat dan kembali aktif seperti sediakala.

Sunday, 8 July 2012

FuN DriVe 2' TaSiK.....


Syukur alhamdulillah dan tahniah buat NEXO kerana 
telah berjaya menganjurkan :
 
"Fun Drive To 
Tasik Beris & Tasik Banding"


Berkonvoi sambil makan angin ke Ladang Anggur di Tasik Beris dan Tasik Banding. Perjalanan selama 1 Hari yang diadakan pada 7 Julai 2012. Fun drive yang cukup bermakna dimana ahli-ahli NEXO dapat berkonvoi dan bersiar-siar sambil menikmati pemandangan indah kurniaan Ilahi. 


Sebanyak 16 EXORA yang menyertai konvoi pada kali ini. Peserta Konvoi terdiri dari En. Suhaimi, En. Fandy, En. Haneef, En. Khairol, En. Remy, En.Aziz, En.Jit Rashid, En.Zaid, En. Dzaher, En. Azman, En.Addy Midi, En.Zulkifli(Chaq), En.Abd Karim, En.Rizuan Ramli, En. Mart serta ahli baru En.Shumi. 

En.Suhaimi (NEXO54)
Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NeXo kepada penganjur konvoi "FuN DriVe 2' TaSiK" iaitu En.Suhaimi (NEXO 54) yang telah bersusah payah serta memberi perkhidmatan yang terbaik bagi mengatur serta menjayakan konvoi ini. 

NeXo juga amat berterima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang telah memberi komitmen terbaik dengan menyertai konvoi dan semasa konvoi dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli-ahli NeXo yang banyak memberi sokongan bagi menjayakan program ini. InsyaAllah NeXo akan mengadakan lagi konvoi seumpama ini dimasa akan datang.

 Berkumpul di Tesco Stargate Alor Setar 
sebelum bertolak ke Gurun

Ketibaan konvoi dari Penang

Menikmati sarapan pagi di Nasi Kandar Hussain 
sebelum bertolak ke Tasik Beris

Doa dibaca oleh penganjur event (En.Suhaimi)
sebelum memulakan konvoi

Bermulanya perjalanan ke 
Ladang Anggur di Tasik Beris


Konvoi bergerak pula ke Baling 
untuk makan tengahari

Menjamu selera di AD NANI Ikan Bakar
Makanan yang sangat enak...
InsyaAllah konvoi akan datang lagi ke sini


Konvoi bergerak ke Tasik Banding

Bersantai sambil makan petang di Tasik Banding

 Ribuan terima kasih diucapkan kepada 
En.Nasirisham (NEXO 10) diatas 
tajaan hadiah untuk Cabutan Bertuah!!!

Konvoi bergerak ke Baling untuk makan malam

Makan malam di Sri Landak Seafood, Baling

Berkumpul sebelum bersurai...

TT 12.00mlm sebelum bertolak pulang

Alhamdulillah...konvoi selamat pergi dan balik
Semoga bertemu lagi di konvoi akan datang....InsyaAllah



Fun Drive 2' Tasik Slideshow: Northern’s trip from Gurun (near Sungai Petani, Kedah, Malaysia) to 2 cities Gerik and Sik (near Baling) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Thursday, 28 June 2012

KonVoi ke RTM

  NEXO & GKKnK KUNJUNGAN HORMAT 
KE RTM RADIO KEDAH 
Pada tanggal 24 Jun 2012 (Ahad), NeXo dan perwakilan dari Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dibawah pimpinan En.Azman telah menjayakan satu konvoi Kunjungan Hormat ke RTM Radio Kedah sempena menghargai dan berterima kasih kepada pihak RTM kerana menjemput GKKnK untuk bersama-sama terbabit di dalam program Mega TT GKKnK Bersama Jelajah Kedah FM di Pantai Merdeka pada 1Mei 2012 yang lalu. Konvoi yang bermula dari Sungai Petani, Gurun dan Alor Setar bagi mewakili Kelab Kereta masing-masing telah berkumpul di Stargate Alor Setar sebelum memulakan acara berkonvoi ke RTM. Sebanyak 40 kenderaan yang menyertai konvoi pada hari tersebut.

 

 Pn. Sabariah Hamzah
Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah

NeXo & GKKnK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM diatas sambutan yang diberikan kepada ahli-ahli konvoi pada hari tersebut. Terima kasih kepada Pn. Sabariah Hamzah, Pn.Merziah Ibrahim, DJ Rizal, DJ Faizal serta kakitangan RTM yang telah memberi layanan serta taklimat yang terbaik kepada Warga NeXo dan Warga GKKnK. Kami amat teruja kerana mendapat banyak pengetahuan serta maklumat  mengenai bidang penyiaran.

 En.Azman sebagai wakil dari GKKnK 
menyampaikan cenderahati kepada pihak RTM



Tidak lupa juga ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada warga NeXo yang sudi menyertai konvoi ini. Hanya 5 Exora yang berkesempatan untuk turut serta memeriahkan konvoi kunjungan hormat ke RTM ini. Warga NEXO yang turut hadir adalah : En.Fandy (NEXO 01), En. Suhaimi (NEXO 54), En.Nasirisham (NEXO 10), En. Jit Rashid (NEXO 44) dan  En.Mohd Shahrulnizam (NEXO 18). 

 Prez NeXo sedang ditemuramah oleh pengacara RTM



 Semoga bertemu lagi di konvoi yang akan datang....InsyaAllah

Saturday, 23 June 2012

TT Penang @ FoodCourt Seagate, Penang


Syukur Alhamdulillah TT Penang @ FoodCourt Seagate, Penang telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2012 (Jumaat) 8.30 malam. 

 
TT diadakan di Naza Cafe

Sekalung tinggi ucapan tahniah dari NEXO kepada pihak penganjur iaitu En.Azman Mat Ripin (NEXO43) yang telah berusaha bagi menjayakan TT ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dari jauh dan dekat yang sudi hadir berTT bersama-sama bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini. 


Sebanyak 11 Exora yang telah hadir untuk bersama- sama memeriahkan TT ini. Warga NEXO yang turut hadir pada malam TT berlangsung adalah : En.Azman Mat Ripin (NEXO43), En.Fisol Hamdi (NEXO 09), En.Rizuan Ramli (NEXO26), En.Shamsul Anuar (NEXO28), En.Addy Midi (NEXO36), En.Mohd Zaid (NEXO59), En.Fandy (NEXO 01), En.Khairul (NEXO 11), En.Denz(NEXO34), En.Dzahir (NEXO 63), En.Suhaimi (NEXO 54)

Berbagai-bagai perkara yang dapat dibincangkan pada masa TT diadakan...so tungguuuu event NEXO yang bakal muncul tak lama lagi!!!

Terima kasih diucapkan kepada DJ Naza Cafe yang menghiburkan ahli-ahli Nexo yang hadir berTT. 






Terima kasih juga NeXo ucapkan kepada En.Khairul CID (NeXo 11) kerana sponser air hijau pada malam TT berlangsung....







Semoga TT akan datang akan 
lebih meriah lagi.....InsyaAllah.

Thursday, 21 June 2012

Jom Pi TT


JoM Mai TT @ 
FoodCourt Seagate, Penang
 
Ingin dimaklumkan kepada semua pemilik-pemilik EXORA bahawa NEXO akan mengadakan TT  bersama kengkawan tidak kira dari jauh atau dekat bagi merapatkan silratulrahim sesama kita. Ahli-ahli NEXO amat dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan lagi TT ini.
  
JoM Mai TT @ FoodCourt Seagate, Penang akan diadakan seperti di bawah:-
Tarikh    : 22 Jun 2012 @ Jumaat
Tempat  : FoodCourt Seagate, Penang
Waktu    : 8.30 malam 

 
Sekiranya anda ingin bersama-sama memeriahkan TT ini, sila hubungi AJK bertindak iaitu En.Azman 019-4052997  atau En.Fandy  019-5047144 untuk keterangan lanjut.

Marilah kita sama-sama memeriahkan
JoM Mai TT @ 
FoodCourt Seagate di Pulau Pinang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...